Mahir Jahit Intake 4 Modul 4 Sesi 2 - Cara Ambil Ukuran Badan

6 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2026, seramai 2 orang peseta Mahir Jahit telah menghadiri Kursus Mahir Jahit. Pada Minggu ke-4, Peserta akan mempelajari cara mengambil ukuran badan dengan betul dan tepat sebagai langkah asas sebelum menghasilkan sesuatu pakaian. Topik ini penting supaya setiap ukuran yang diambil dapat digunakan dengan baik semasa proses mendraf pola, seterusnya membantu menghasilkan pakaian yang lebih selesa dan sesuai dipakai.

Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali